Monday, November 21, 2016

ZAINI FRESH & FROZEN TAWARKAN AYAM YANG SIAP CUCI DAN GARAM KUNYIT

Zaini sedang memotong ayam yang di tempah

PADANG SERAI, KULIM, KEDAH : Zaman dulu-dulu tahun 70an dan tahun-tahun lebih awal masyarakat begitu susah untuk makan ayam. Sekiranya kenduri sekali pun masakan ayam hanya untuk golongan berbangsa lain dan tetamu istimewa. Orang kampung biasa lazimnya terlompong. Kalau ada orang kampung yang dapat ayam bermakna mereka ini agak istimewa.

Namun zaman telah berubah hari ini kalau kita hendak hari-hari pun boleh makan ayam. Malah ayam sudah menjadi makanan yang diratah seperti KFC. Boleh kata di setiap pasar malam pasti ada peniaga yang menjual ayam goreng. Ini kerana harga ayam setara dengan harga ikan temenung  yang menjadi santapan orang kebanyakan.
Ayam yang siap di cuci dan gaul garam kunyit di hantar

Di kedai Zaini Fresh & Frozen juga ada menjual ayam segar. Harganya mengikut harga pasaran sekiranya mendapat bekalan murah  pasti Zaini Fresh  & Frozen akan menjual dengan harga yang murah.

Menurut tauke kedai Zaini Fresh & Frozen, Zaini Abu Bakar, beliau menjual harga borong walaupun pembelian runcit. Malah beliau mendapat tempahan daripada  tuan-tuan rumah kenduri, tauke-tauke catering, kedai-kedai dan juga orang persaorangan.

“Saya menyediakan khidmat memproses ayam daripada potong, basuh,  masukkan garam dan kunyit bagi memudahkan pelanggan terima ayam ini dan terus masak.” Katanya.

Disamping ayam kedai Zaini Fresh & Frozen juga menjual barangan segar lain seperti daging lembu, daging itek , telur, ikan kering, sotong  dan  rempah cabai untuk kegunaan kenduri dan sebagainya. Sementara barangan frozen seperti kamping, daging, daging arnab, puyuh, barangan burger dan sebagainya.

Beliau juga  menjual kambing golek yang siap diperap juga daging kambing dan ayam yang telah diperap. Lazimnya kambing yang siap diperap ditempah oleh mereka yang ingin berkelah.


Mai beramai-ramai mendapatkan barangan sejuk beku dan segar, barangan untuk kenduri, ikan  dan sotong kering serta kambing dan ayam perap  di Zaini Fresh& Frozen, KEDAI DI BUKA DARI JAM 7 PAGI HINGGA 6 PETANG.  Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan  Zaini 012-585 3799.

No comments:

Post a Comment