Friday, December 9, 2016

ORANG KITA DAH MULA GEMARI KAMBING

Zaini sedang memotong ayam tempahan

PADANG SERAI, KULIM, KEDAH : DULU-DULU daging kambing memang jarang orang melayu makan. Macam-macam alas an yang kita dengar tapi mungkin juga kerana daging lembu mahal maka orang tua-tua kita mereka berbagai alasan. Sebenarnya inilah kelebihan orang tua-tua dahulu.

Namun alas an orang tua-tua itu di sokong oleh padangan doktor yang mengatakan daging kambing itu panas, kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Pekerja sedang memotong ikan bawal frozen 

Hakikatnya daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan.
Barangan lain di rak

Mungkin menytedari ini masyarakat melayu moden ramai dah makan daging kambing. Di majlis-majlis keramaian yang ada kambing pagang akan diserbu.

Menurut Zaini tuan punya Zaini Fresh & Frozen, menjelang dan selepas hari raya puasa yang lepas kedainya telah menjual lebih 100 ekor kambing frozen kepada orang di sekitar Padang Serai. Bilangan itu melebihi sambutan perayaan depevali yang mana kita ketyahui masyarakat india memang gemar makan kambing.

“Kedai saya ada membekal daging kambing khususnya frozen  dengan harga yang amat berpatutan. Disamping itu kami juga membekal dan menjual daging frozen dan segar lembu, daging arnab, puyuh  dan  barangan sejuk bekuserta ikan  malah ayam segar. Kami akan memotong ikut kehendak pelangan.”


“Kedai saya juga menjual  rempah cabai, telur dan sebagainya. Buat masa ini banyak tauke-tauke kedai makan dan juga tukang masak kenduri dan catering yang mendapatkan bekalan daripada kami.” ujarnya.

Mai singah untuk  mendapatkan barangan sejuk beku dan segar, barangan untuk kenduri, ikan  dan sotong kering serta kambing dan ayam perap di Zaini Fresh & Frozen, KEDAI DI BUKA DARI JAM 7 PAGI HINGGA 6 PETANG.  Untuk keterangan lanjut boleh berhubung  Zaini 012-585 3799.

No comments:

Post a Comment